Sunday, 8 November 2015

     
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2015
  
Tarikh                                      : 6 - 7 Mac 2015
Tempat                                     : Padang IPG Kampus Tawau
Nama Penganjur                      : PISMP TESL JAN 2013
   Biro Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Perwakilan
   Pelajar
                                                   IPG Kampus Tawau, Sabah.
Tarikh Laporan Disediakan : 10/ 3 / 2015



LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2015

            Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Kali Ke-10, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merupakan kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-10 ini telah diadakan pada hari Jumaat, 6 Mac 2015 hingga Sabtu, 7 Mac 2015 bertempat di padang IPGK, Tawau. Tujuan Kejohanan Olahraga Tahunan ini dianjurkan adalah untuk menggilap kecemerlangan para guru pelatih IPG ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu, melalui Kejohanan Olahraga Tahunan ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga IPG, dalam mengurus, melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang besar di peringkat sekolah nanti. Melalui Kejohanan Olahraga Tahunan ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat tinggi untuk menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Berkat kerjasama yang diberikan oleh para pensyarah, guru pelatih, pentadbiran dan staf sokongan maka sukan olahraga tahunan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
           
            Acara Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini, dimulakan dengan acara padang dan beberapa acara balapan pada hari jumaat. Acara-acara yang telah diadakan adalah lompat jauh, lompat kijang, merejam lembing, lempar cakera, lontar peluru, 1500m, 200m, lompat tinggi, 5000m, lelaki dan 3000m, perempuan. Penyampaian hadiah dilaksanakan selang  setiap 3 acara. Pada hari Sabtu pula, acara-acara yang diadakan adalah 4x400m, 800m, 100m dan 4x100m, lelaki dan perempuan.

            Aturcara Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini telah dimulakan dengan perbarisan masuk kontigen-kontigen yang mengambil bahagian iaitu terdiri dari kontigen rumah sukan Rumah Merah (Amerika), Rumah Hijau (Asia), Rumah Kuning (Afrika) dan Rumah Biru (Antartika). Seterusnya, bacaan doa dibacakan bagi memberkati majlis penutupan dan semua kontigen serta tetamu yang hadir telah menyanyikan lagu Negaraku. Setelah selesai upacara menyanyikan lagu Negaraku, temasya sukan didahului dengan ucapan Tn. Haji Mohd Zain bin Badwi, Timbalan Pengarah IPGK Tawau yang sekaligus merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan IPGK Tawau.

            Setelah selesai acara perasmian, para penonton disajikan dengan persembahan aerobik yang begitu menarik daripada para guru pelatih PPISMP Bahasa Melayu 2014  dan pemenang ‘cheerleader’ daripada rumah sukan merah. Kemudiannya, para kontigen perbarisan keluar kembali ke kawasan rumah sukan masing-masing untuk persediaan acara pada hari kejohanan iaitu acara larian terbuka akhir antara atlet luar, staf IPG dan beberapa orang guru pelatih yang melibatkan Kategori Lelaki dan Perempuan.


            Setelah selesai sahaja semua acara pada Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini, penyampaian cenderahati dan hadiah kepada pasukan Bulan Sabit Merah Sk. Balung dan pemenang acara terbuka yang banyak membantu sepanjang sukan berlangsung serta hadiah johan keseluruhan serta olahragawan dan olahragawati. Pada tahun ini, Rumah Merah (Amerika) telah merangkul Johan Keseluruhan, diikuti Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Jingga. Pada tahun ini, menyaksikan Olahragawan disandang oleh saudara Lancelot Doom dan Mohd Hasirul Aqwam dari Rumah Merah dan Olahragawati Eillysia binti Arasat dari Rumah Hijau.

GAMBAR KEJOHANAN

 Gambar menunjukkan guru pelatih yang menyertai larian jarak jauh

     Gambar menunjukkan persembahan daripada guru pelatih yang menjuarai tarian                                                                            Cheerleaders

         Gambar menunjukkan atlet yang kekejangan otot dirawat oleh BSMM SMK Balung

 Gambar menunjukkan atlet yang bertanding

       Nyanyian Lagu Negaraku 

Gambar menunjukkan pungutan pingat

Disediakan oleh,
Lau Song Sheng,
Biro Sukan JPP IPG Tawau.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU,
KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27,
91009 TAWAU, SABAH.

LAPORAN
AKTIVITI KEUSAHAWANAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
IPG KAMPUS TAWAU 2015

TARIKH:
6-7 MAC 2015

TEMPAT:
ASTAKA INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TAWAU



 KEHADIRAN                                                                
1. Semua pensyarah IPG Kampus Tawau                                    
2. Semua guru pelatih IPG Kampus Tawau                                    

2.0 OBJEKTIF PROGRAM          

Objektif yang cuba diketengahkan melalui program ini ialah:

1. Menguasai kemahiran keushawanan dalam diri para guru pelatih serta bagi mengumpul dana tabung Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)                                   
2. Meningkatkan kemahiran insaniah bagi mempersiapkan diri untuk menjadi guru.          
3. Merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli jawatankuasa perwakilan pelajar.

3.0 LAPORAN PROGRAM
            Perjalanan program bermula pada hari 6/3/2015 (Jumaat) pada jam 2.00 petang dan berakhir pada 7/3/2015 (Sabtu) jam 5.00 petang. Kehadiran ke Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tawau adalah semua pensyarah IPG Kampus Tawau dan semua guru pelatih IPG Kampus Tawau.
            Pada hari pertama, jualan yang dilakukan ialah buah-buahan, mi hoon goreng, sosej, roti sandwich dan air sirap. Jualan dilakukan di astaka bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pada hari kedua iaitu 23/3/2015 (Sabtu), jualan yang dilakukan ialah buah-buahan, roti sandwich, sosej dan air sirap. Jualan dilakukan di astaka bermula jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tapak jualan dijaga secara bergilir-gilir oleh ahli JPP. Kos jualan adalah sebanyak RM173.50. Maka, keuntungan bagi jualan yang dilakukan adalah sebanyak RM143.50.


Barangan Jualan
Harga Jualan
Buah Betik
RM 1.00/ sepaket
Buah Tembikai susu
RM 1.00/ sepaket
Buah Tembikai
RM 1.00/ sepaket
Pisang
RM 0.50/ sebiji
Sosej
RM 1.00/ secucuk
Mi Hoon Goreng
RM 2.00/ sebungkus
Air Sirap/Laici
RM 1.50/ secawan
Roti Sandwich
RM 2.00/ sebungkus


4.0 PENUTUP

Melalui jualan yang dilakukan oleh biro keusahawana JPP, dana tabung JPP bertambah sebanyak RM143.50. Selain itu, melalui jualan ini juga dapat mengeratkan hubungan serta kerjasama dalam kalangan ahli JPP IPG Kampus Tawau. Oleh itu, diharapakan jualan seperti ini akan berlangsung dari semasa ke semasa dan mendapat sokongan daripada warga IPG Kampus Tawau.

GAMBAR AKTIVITI



Disediakan oleh,
Darayani Binti Johari,
AJK Biro Keusahawanan JPP IPG Kampus Tawau.

Friday, 6 November 2015

                                      LAPORAN PENYEDIAAN MI ORGANIK 


             TARIKH : 25 FEBRUARI 2015 (RABU)
MASA : 3.30PM – 5.00PM
TEMPAT : MASJID AN-NUR IPG KAMPUS TAWAU   

KEHADIRAN
Pensyarah
1.    Pn Roziah
Guru pelatih
1.    Ain Syafiqah Bt Mohamad Said
2.    Nur Aimi Izzati Bt Ahamad Shabudin
3.    Siti Nadiah Bt Eddy Chin


OBJEKTIF PROGRAM
1.    Menguasai kemahiran membuat mee bagi penjualan mi organik JPP untuk mengumpul dana tabung JPP.
2.    Meningkatkan kemahiran insaniah bagi mempersiapkan diri untuk menjadi guru.
3.    Merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli jawatankuasa perwakilan pelajar.


KEKUATAN PROGRAM
1. Penghasilan mi yang lebih terjamin kebersihannya dan menggunakan bahan-bahan organik.
2.    Proses penyediaan mi yang mudah serta tidak mengambil masa yang panjang.
KELEMAHAN PROGRAM
1.    Kekurangan alatan dalam proses penyediaan mi.
2.    Kekurangan tenaga pelatih semasa proses penyediaan mi.


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
         1.    Membeli keperluan alatan penyediaan mi yang secukupnya.
     2.    Menggalakkan lebih ramai ahli jawatankuasa perwakilan pelajar dalam aktiviti  penyediaan mi.


                                                            GAMBAR AKTIVITI






Disediakan Oleh,
Ain Syafiqah Bt Mohamad Sa’id,

Setiausaha Biro Helwani JPP IPG Kampus Tawau.


Thursday, 12 March 2015

SENARAI NAMA JPP

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2015/2016,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU.

(A) AHLI MAJLIS TERTINGGI (AMT)
BIL
NAMA
JAWATAN
1.
MUHAMMAD BUKHARY BIN SATIMEN
YANG DIPERTUA
2.
AIIFA TAQINAH BINTI ABU BAKAR
NAIB YANG DIPERTUA I
3.
ALKUMAL BIN SHARIF
NAIB YANG DIPERTUA II
4.
FLORINA JIUN
SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT
5.
NURUL SYAFIQAH BINTI YAAKOB
NAIB SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT
6.
MOHD ZUHLIZAN BIN MAIDIN
BENDAHARI AGUNG KEHORMAT
7.
SUNARDI BIN ASMAD
NAIB BENDAHARI AGUNG KEHORMAT
(B) AHLI MAJLIS MESYUARAT (AMM)
1.
MUHAMAAD SABFIL BIN SABRI
PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN
2.
NINA SURIANA BINTI BULKIN
NAIB PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN
3.
ANDI NORANIESA BINTI NORDIN
PENGERUSI BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA
4.
MOHD AMIRUL BIN MOHD AMIN
NAIB PENGERUSI BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA
5.
NATALIE SAKIM 
PENGERUSI BIRO KEDIAMAN PELAJAR
6.
TIMOTHY NGANGGAU ANAK TEDONG
NAIB PENGERUSI BIRO KEDIAMAN PELAJAR
7.
TAI TSUI YNG
PENGERUSI BIRO KEUSAHAWANAN
8.
MUHAMAD FARID BIN LATIF 
NAIB PENGERUSI BIRO KEUSAHAWANAN
9.
BIBI NOR FAZLINA BINTI GURAHMAN
PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
10.
MUHAMMAD NAZRI BIN MUHIDIN
NAIB PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
11.
NURZULAIKHA BINTI MD YUSOFF
PENGERUSI BIRO  TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENERBITAN
12.
MUHD AL AFZAN BIN ALI HUSSIN
NAIB PENGERUSI BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENERBITAN
13.
NURSYAHIDA BINTI SAMAN
PENGERUSI BIRO KEROHANIAN, MORAL & DISIPLIN
14.
NES SANDRA RECCA ASMIN 
NAIB PENGERUSI BIRO KEROHANIAN, MORAL & DISIPLIN
15.
LIAH BINTI LAWAT
PENGERUSI BIRO HAL EHWAL WANITA (HELWANI)
16.
AIN SYAFIQAH BINTI MOHD SA`ID
NAIB PENGERUSI BIRO HAL EHWAL WANITA (HELWANI)
17.
LAU SONG SHENG
PENGERUSI BIRO SUKAN & REKREASI
18.
WILHELMUS BIN DOMINIKUS
NAIB PENGERUSI BIRO SUKAN & REKREASI
19.
FAZLI BIN MURAI
PENGERUSI BIRO AKADEMIK
20.
VALENTINE VERUS
NAIB PENGERUSI BIRO AKADEMIK
               
(C) AHLI JAWATANKUASA KECIL (AJK)
1.
VARRELENE JULIAN
AJK BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN
2.
AZWAN SUZAIRY ASRI
AJK BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN
3.
MOHD ASHRAF BIN JAMALUDDIN
AJK BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA
4.
MOHD AWIE BIN RANI
AJK BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA
5.
CALY GOAN GEORGETING
AJK BIRO KEDIAMAN PELAJAR
6.
WAN SAFWAN BIN WAN IBRAHIM
AJK BIRO KEDIAMAN PELAJAR
7.
SITI NADIAH BINTI MOHD EDDY CHIN
AJK BIRO KEUSAHAWANAN
8.
DARAYANI BINTI JOHARI
AJK BIRO KEUSAHAWANAN
9.
NORIKA BINTI KADIR
AJK BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
10.
SITI RIZMAWATI BINTI NORHAYAPI
AJK BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
11.
ZIASAFIQAH BINTI ZAMREE
AJK BIRO  TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENERBITAN
12.
MOHD SYAFIQ BIN MORSHIDI
AJK BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENERBITAN
13.
RUSHIHA IRINA BINTI MOHAMED YUSOF
AJK BIRO KEROHANIAN, MORAL & DISIPLIN
14.
LEONETHA JOAN BASIL
AJK BIRO KEROHANIAN, MORAL & DISIPLIN
15.
GEORGIANA ANTHONY
AJK BIRO HAL EHWAL WANITA (HELWANI)
16.
NUR AIMI IZZATI BT AHMAD SHABUDIN
AJK BIRO HAL EHWAL WANITA (HELWANI)
17.
BRYAN CHIONG
AJK BIRO SUKAN & REKREASI
18.
MUHAMMAD FAIZIE BIN RASID
AJK BIRO SUKAN & REKREASI
19.
AMIRAH NOOR ADLINA BT AMINUDDIN
AJK BIRO AKADEMIK
20.
AUDREY RACHELL ANAK THOMSON
AJK BIRO AKADEMIK


Disediakan oleh,

Florina Jiun,
Setiausaha Agung Kehormat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau Sesi 2015/2016.