Wednesday 11 March 2015

PERLEMBAGAAN JPP IPGM KPM

PERLEMBAGAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
(IPG KPMM Oktober 2011) 


BAHAGIAN V 

Fasal 16 
Bidang Tugas Umum 

16.1 Ahli Majlis Tertinggi 
(a) Fungsi AMT ialah mengelola, mengatur hala tuju dan gerak kerja, serta membuat keputusan atas perkara-perkara tentang perjalanan JPP mengikut Perlembagaan JPP. AMT juga hendaklah mengemukakan laporan setiap aktiviti yang dijalankan kepada Pengerusi Majlis Penasihat JPP atau wakilnya. 
(b) AMT hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali. Sekurang-kurangnya lima daripada bilangan AMT hendaklah hadir bagi mengesahkan dan memenuhkan korum mesyuarat. 
(c) Sekiranya timbul perkara mustahak yang memerlukan kelulusan AMT tetapi mesyuarat AMT tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung Kehormat boleh mendapatkan kelulusan daripada AMT secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Ahli Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi boleh dianggap sebagai diterima: 
i. Masalah yang dibangkitkan itu mestilah dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada semua AMT. 
ii. Sekurang-kurangnya lima daripada bilangan AMT mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu. 
iii. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung Kehormat kepada mesyuarat AMT berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat. 
(d) Ahli Majlis Tertinggi boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agung Kehormat dan MT atau ahli yang lain untuk menjalankan urusan JPP dengan melantik Pengerusi/Pengarah Aktiviti dan jawatankuasa yang dirasakan mustahak. Jawatankuasa Tertinggi juga boleh menggantungkan dan melucutkan jawatan sebarang Pengerusi/Pengarah Aktiviti dan jawatankuasa kerana tidak amanah dalam tugas atau dengan sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan JPP. 
(e) AMT berkuasa membatalkan sesuatu aktiviti pelajar yang bercanggah dengan dasar dan perlembagaan JPP. 
(f) AMT berkuasa membatalkan sesuatu keputusan mesyuarat yang diadakan oleh majlis mesyuarat JPP jika dirasakan perlu. 

16.2 Ahli Majlis Mesyuarat 
(a) Mengeluarkan arahan atau kenyataan umum bagi pihak JPP.
(b) Membincangkan dan merancang aktiviti JPP berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan serta bersesuaian dengan dasar JPP. 
(c) Mesyuarat MT hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali setahun. (d) Hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada MT. 

Fasal 17 
Bidang Tugas Khusus 

17.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi 
(a) Yang Dipertua 
i. Mempengerusikan mesyuarat AMT dan mesyuarat AMM JPP 
ii. Memantau mesyuarat Biro JPP 
iii. Menerima dan memanjangkan arahan pihak pengurusan 
iv. Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pihak pengurusan dan pelajar 
v. Memantau pengurusan kewangan JPP 
vi. Menjaga kebajikan semua ahli JPP 
vii. Membantu pihak pengurusan IPG memantau disiplin pelajar 
viii. Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dan sebaliknya 
ix. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat wakil pelajar IPG 
x. Merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan untuk JPP 
xi. Sentiasa berkolaborasi dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) 

(b) Naib Yang Dipertua I dan II 
i. Memangku tugas YDP ketika ketiadaan YDP 
ii. Menjaga kebajikan semua ahli JPP 
iii. Bertindak sebagai penghubung dengan JPP IPG lain 
iv. Menjadi perantara JPP dengan ketua-ketua kumpulan bagi setiap unit pengajian. 
v. Mengawasi perjalanan aktiviti setiap Biro dan aktiviti institut 
vi. Menerima arahan daripada YDP dan pihak pentadbiran 
vii. Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pentadbiran dan pelajar 
viii. Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dan sebaliknya 
ix. Memantau portfolio setiap Biro
x. Mengurus dan menyelia bilik gerakan JPP 
xi. Memantau blog atau laman web JPP 
xii. Mengurus dan menapis borang aduan pelajar 
xiii. Membantu merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan untuk JPP 
xiv. Sentiasa berkolaborasi dengan pihak JHEP 

(c) Setiausaha Agung Kehormat dan Naib Setiausaha Agung Kehormat 
i. Menguruskan urusan surat menyurat 
ii. Menyediakan surat jemputan mesyuarat atas arahan YDP 
iii. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan JPP 
iv. Menyediakan kertas kerja bagi setiap aktiviti induk JPP 
v. Menerima arahan dari YDP dan NYDP 
vi. Menyelia, mengurus papan kenyataan dan carta organisasi JPP 
vii. Menapis setiap iklan, risalah dan memo di semua papan kenyataan 
viii. Membantu merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan untuk JPP 
ix. Menyedia dan mengurus inventori di bawah kelolaan JPP 
x. Sentiasa berkolaborasi dengan Jabatan HEP 

(d) Bendahari Agung Kehormat dan Naib Bendahari Agung Kehormat 
i. Mengurus segala urusan berkaitan kewangan JPP 
ii. Merancang dan mengurus sumber kewangan JPP 
iii. Memantau aktiviti Biro Keusahawanan JPP 
iv. Menguruskan kewangan setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh JPP 
v. Menyediakan laporan kewangan JPP 
vi. Memaklumkan kepada pelajar perkara yang berkaitan dengan elaun pelajar vii. Menerima arahan dari YDP dan NYPD 
viii. Membentangkan laporan kewangan mengikut keperluan 
ix. Menguruskan pembelian segala alatan dan keperluan yang diperlukan oleh JPP 
x. Membantu merancang dan mengadakan aktiviti berkaitan kepimpinan untuk JPP 
xi. Sentiasa berkolaborasi dengan JHEP 

(e) Ahli Majlis Mesyuarat 
i. Membantu menguruskan aktiviti IPG yang dirancang oleh pihak pengurusan dan pelajar
ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti Biro JPP iii. Menyediakan laporan tahunan Biro JPP 
iv. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut Biro JPP 
v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Eksekutif, Pengerusi Majlis Penasihat, Ketua Pensyarah Penasihat JPP, dan Penasihat JPP

No comments:

Post a Comment