Sunday 8 November 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU,
KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI 27,
91009 TAWAU, SABAH.

LAPORAN
AKTIVITI KEUSAHAWANAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
IPG KAMPUS TAWAU 2015

TARIKH:
6-7 MAC 2015

TEMPAT:
ASTAKA INSTITUT PERGURUAN KAMPUS TAWAU



 KEHADIRAN                                                                
1. Semua pensyarah IPG Kampus Tawau                                    
2. Semua guru pelatih IPG Kampus Tawau                                    

2.0 OBJEKTIF PROGRAM          

Objektif yang cuba diketengahkan melalui program ini ialah:

1. Menguasai kemahiran keushawanan dalam diri para guru pelatih serta bagi mengumpul dana tabung Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)                                   
2. Meningkatkan kemahiran insaniah bagi mempersiapkan diri untuk menjadi guru.          
3. Merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli jawatankuasa perwakilan pelajar.

3.0 LAPORAN PROGRAM
            Perjalanan program bermula pada hari 6/3/2015 (Jumaat) pada jam 2.00 petang dan berakhir pada 7/3/2015 (Sabtu) jam 5.00 petang. Kehadiran ke Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tawau adalah semua pensyarah IPG Kampus Tawau dan semua guru pelatih IPG Kampus Tawau.
            Pada hari pertama, jualan yang dilakukan ialah buah-buahan, mi hoon goreng, sosej, roti sandwich dan air sirap. Jualan dilakukan di astaka bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pada hari kedua iaitu 23/3/2015 (Sabtu), jualan yang dilakukan ialah buah-buahan, roti sandwich, sosej dan air sirap. Jualan dilakukan di astaka bermula jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Tapak jualan dijaga secara bergilir-gilir oleh ahli JPP. Kos jualan adalah sebanyak RM173.50. Maka, keuntungan bagi jualan yang dilakukan adalah sebanyak RM143.50.


Barangan Jualan
Harga Jualan
Buah Betik
RM 1.00/ sepaket
Buah Tembikai susu
RM 1.00/ sepaket
Buah Tembikai
RM 1.00/ sepaket
Pisang
RM 0.50/ sebiji
Sosej
RM 1.00/ secucuk
Mi Hoon Goreng
RM 2.00/ sebungkus
Air Sirap/Laici
RM 1.50/ secawan
Roti Sandwich
RM 2.00/ sebungkus


4.0 PENUTUP

Melalui jualan yang dilakukan oleh biro keusahawana JPP, dana tabung JPP bertambah sebanyak RM143.50. Selain itu, melalui jualan ini juga dapat mengeratkan hubungan serta kerjasama dalam kalangan ahli JPP IPG Kampus Tawau. Oleh itu, diharapakan jualan seperti ini akan berlangsung dari semasa ke semasa dan mendapat sokongan daripada warga IPG Kampus Tawau.

GAMBAR AKTIVITI



Disediakan oleh,
Darayani Binti Johari,
AJK Biro Keusahawanan JPP IPG Kampus Tawau.

No comments:

Post a Comment