Sunday 8 November 2015

     
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2015
  
Tarikh                                      : 6 - 7 Mac 2015
Tempat                                     : Padang IPG Kampus Tawau
Nama Penganjur                      : PISMP TESL JAN 2013
   Biro Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Perwakilan
   Pelajar
                                                   IPG Kampus Tawau, Sabah.
Tarikh Laporan Disediakan : 10/ 3 / 2015



LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-10
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2015

            Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Kali Ke-10, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau merupakan kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-10 ini telah diadakan pada hari Jumaat, 6 Mac 2015 hingga Sabtu, 7 Mac 2015 bertempat di padang IPGK, Tawau. Tujuan Kejohanan Olahraga Tahunan ini dianjurkan adalah untuk menggilap kecemerlangan para guru pelatih IPG ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu, melalui Kejohanan Olahraga Tahunan ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga IPG, dalam mengurus, melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang besar di peringkat sekolah nanti. Melalui Kejohanan Olahraga Tahunan ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat tinggi untuk menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Berkat kerjasama yang diberikan oleh para pensyarah, guru pelatih, pentadbiran dan staf sokongan maka sukan olahraga tahunan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
           
            Acara Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini, dimulakan dengan acara padang dan beberapa acara balapan pada hari jumaat. Acara-acara yang telah diadakan adalah lompat jauh, lompat kijang, merejam lembing, lempar cakera, lontar peluru, 1500m, 200m, lompat tinggi, 5000m, lelaki dan 3000m, perempuan. Penyampaian hadiah dilaksanakan selang  setiap 3 acara. Pada hari Sabtu pula, acara-acara yang diadakan adalah 4x400m, 800m, 100m dan 4x100m, lelaki dan perempuan.

            Aturcara Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini telah dimulakan dengan perbarisan masuk kontigen-kontigen yang mengambil bahagian iaitu terdiri dari kontigen rumah sukan Rumah Merah (Amerika), Rumah Hijau (Asia), Rumah Kuning (Afrika) dan Rumah Biru (Antartika). Seterusnya, bacaan doa dibacakan bagi memberkati majlis penutupan dan semua kontigen serta tetamu yang hadir telah menyanyikan lagu Negaraku. Setelah selesai upacara menyanyikan lagu Negaraku, temasya sukan didahului dengan ucapan Tn. Haji Mohd Zain bin Badwi, Timbalan Pengarah IPGK Tawau yang sekaligus merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan IPGK Tawau.

            Setelah selesai acara perasmian, para penonton disajikan dengan persembahan aerobik yang begitu menarik daripada para guru pelatih PPISMP Bahasa Melayu 2014  dan pemenang ‘cheerleader’ daripada rumah sukan merah. Kemudiannya, para kontigen perbarisan keluar kembali ke kawasan rumah sukan masing-masing untuk persediaan acara pada hari kejohanan iaitu acara larian terbuka akhir antara atlet luar, staf IPG dan beberapa orang guru pelatih yang melibatkan Kategori Lelaki dan Perempuan.


            Setelah selesai sahaja semua acara pada Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini, penyampaian cenderahati dan hadiah kepada pasukan Bulan Sabit Merah Sk. Balung dan pemenang acara terbuka yang banyak membantu sepanjang sukan berlangsung serta hadiah johan keseluruhan serta olahragawan dan olahragawati. Pada tahun ini, Rumah Merah (Amerika) telah merangkul Johan Keseluruhan, diikuti Rumah Hijau, Rumah Biru dan Rumah Jingga. Pada tahun ini, menyaksikan Olahragawan disandang oleh saudara Lancelot Doom dan Mohd Hasirul Aqwam dari Rumah Merah dan Olahragawati Eillysia binti Arasat dari Rumah Hijau.

GAMBAR KEJOHANAN

 Gambar menunjukkan guru pelatih yang menyertai larian jarak jauh

     Gambar menunjukkan persembahan daripada guru pelatih yang menjuarai tarian                                                                            Cheerleaders

         Gambar menunjukkan atlet yang kekejangan otot dirawat oleh BSMM SMK Balung

 Gambar menunjukkan atlet yang bertanding

       Nyanyian Lagu Negaraku 

Gambar menunjukkan pungutan pingat

Disediakan oleh,
Lau Song Sheng,
Biro Sukan JPP IPG Tawau.

No comments:

Post a Comment