Tuesday, 10 March 2015

PERLEMBAGAAN JPP IPGM KPM

PERLEMBAGAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
(IPG KPMM Oktober 2011) 

BAHAGIAN I 

Fasal 1 
Nama 
1.1 Jawatankuasa ini dikenali dengan nama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru. 

Fasal 2 
Bahasa Rasmi 
2.1 Bahasa Melayu 

Fasal 3 
Alamat 
3.1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar d/a Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru (Alamat IPG Kampus)


BAHAGIAN II 

Fasal 4 
Cogan Kata JPP 
4.1 “Satu Visi Satu Aspirasi” 

Fasal 5 
Logo JPP 
5.1 
Image result for logo jpp ipg
5.2 Keterangan logo adalah seperti berikut: 
(a) JPP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG. 
(b) Warna Biru Kesepaduan yang utuh dalam kalangan 
      JPP. 
(c) Warna Putih Keikhlasan dan kesungguhan ahli JPP      
                                       dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan. 

(d) Bulatan 
i. Gerak kerja JPP yang holistik meliputi keseimbangan dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, kebajikan, etika dan profesionalisme sebagai mahasiswa guru di IPG. 
ii. JPP mengamalkan budaya kerja berpasukan. 

Fasal 6
Visi 
6.1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar peneraju kepimpinan pelajar berkualiti. 

Fasal 7 
Misi 
7.1 Menyokong pihak IPG melahirkan guru berintegriti, berkarisma dan kompeten selaras dengan aspirasi IPG. 

Fasal 8 
Objektif JPP 
8.1 Objektif JPP adalah seperti ketentuan berikut: 
(a) Memberi pengalaman kepada pelajar memilih pemimpin melalui proses pilihanraya kampus. 
(b) Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan organisasi dan kepimpinan. 
(c) Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan dengan pengembangan dan kebajikan pelajar. 
(d) Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan. 
(e) Membantu pihak pengurusan melaksanakan aktiviti IPG. 
(f) Mewujudkan hubungan dengan agensi dalam dan luar Kementerian Pelajaran Malaysia. 
(g) Mewujudkan hubungan dengan agensi luar negara.

BAHAGIAN III 

Fasal 9 
Keahlian 
9.1 Semua pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di IPG.

Fasal 10 
Tanggungjawab Ahli 
10.1 Setiap ahli mestilah patuh kepada Perlembagaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG dan berpegang teguh kepada dasar dan objektifnya. 
10.2 Menghormati dan mematuhi Akta 174, perlembagaan serta peraturan JPP. 
10.3 Tidak dibenarkan menganggotai dan melibatkan diri secara rasmi dengan pertubuhan politik di dalam atau di luar negara. 
10.4 
10.5 Setiap ahli mestilah berusaha untuk melaksana dan mencapai objektif persatuan. 
10.6 Menunjukkan imej yang positif dan tidak mencemar nama baik JPP dan IPG. 

Fasal 11 
Hak Keahlian 

11.1 Semua ahli berhak menggunakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak JPP dengan mematuhi peraturannya tanpa sebarang halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) JPP bahawasanya ahli tersebut telah tidak dibenarkan untuk menggunakan peralatan yang ditetapkan atau apa-apa jua peralatan atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budi bicara AMT JPP. 

11.2 Semua ahli berhak mengikuti semua aktiviti JPP tanpa sebarang halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh AMT JPP atau bahawasanya ahli tersebut telah tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti yang ditetapkan atau apa-apa jua aktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah bergantung kepada budi bicara AMT JPP. 

11.3 Semua ahli berhak mengetahui perkembangan dan perubahan dalam struktur organisasi serta pergerakan JPP. 

11.4 Semua ahli berhak menyuarakan pandangan kepada JPP atau kepada pihak ketiga melalui JPP dengan menggunakan saluran-saluran yang beretika. 

No comments:

Post a Comment