Wednesday 11 March 2015

Kronologi Pilihan Raya IPGK Tawau 2015

KRONOLOGI PILIHAN RAYA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2015

   
TARIKH
PERKARA
CATATAN
31.01.2015
*      Pengumuman AJK SPR.
*      Pengumuman Syarat Bertanding.

*      AJK SPR diperkenalkan kepada semua pelajar selepas Majlis Pembubaran JPP 2015/2016.
*      Syarat bertanding disampaikan oleh Pengerusi SPR.

31.01.2015 – 05.02.2015
*      Tempoh untuk mendapatkan Borang Penamaan Calon Bertanding.

*      Borang Penamaan Calon boleh diperoleh bermula selepas Pembubaran JPP 2014/2015 dirasmikan sehingga hari Penamaan Calon daripada Pengerusi & Naib Pengerusi SPR.

04.02.2015
*      Tarikh akhir hantar borang calon yang bertanding.
*      Penamaan calon & Angkat sumpah.
*      Penyampaian Manifesto Calon Yang Bertanding.
*      Penamaan calon diadakan di Bilik Jabatan Hal Ehwal Pelajar Blok Akademik IPG Kampus Tawau  bermula pada jam 8.00 pagi.
*      Calon wajib datang bersama pencadang & penyokong. Jika gagal berbuat demikian, penyertaan dibatalkan.
*      Calon yang menarik diri selepas Angkat Sumpah akan dikenakan tindakan tatatertib.
*      Penyampaian manifesto untuk memancing undi diadakan di Dewan Rafflesia pada 12.00 tengahari.

02.02.2015 – 05.02.2015
*      Hari Berkempen besar-besaran

Kempen hendaklah tidak menyentuh mana-mana sentimen agama, perkauman, hasutan dan tidak melanggar AKTA 174.

06.02.2015
*      Hari Membuang Undi
*      Proses pengiraan undi
*      Proses mengundi bagi pelajar yang tidak terlibat dalam praktikum diwajibkan mengundi di kelas Za’aba 9 dan Za’aba 10.
*      Bagi pelajar semester 7 yang menjalani praktikum, proses undian adalah Undian Pos di mana wakil dari SPR akan ke setiap zon sekolah bersama pensyarah penasihat untuk mengambil undi.
*      Proses pengiraan undi oleh SPR dilakukan di kelas Za’aba 9, 10, 11 dan 21.



TARIKH          : 30 JANUARI 2015
TEMPAT        : BILIK HEP KAMPUS TAWAU
MASA            : 10.30 AM-11.30 AM (HARI JUMAAT)
AGENDA        : PENAMAAN CALON








Pada 23 Januari 2015 bersamaan pada hari jumaat SPR IPG Kampus Tawau membuat penamaan calon sesi 2015/2016 untuk kerusi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dengan ahli majlis mesyuarat (AMM). Penamaan calon di dibuat setelah pembubaran JPP yang dibuat pada 23 Januari yang lalu. Penamaan calon di dijalankan pada jam 10.30 pagi sehinggalah jam 11.30 pagi. Masa yang diberikan adalah selama 1 jam sahaja. Semua pelajar dialu-alukan untuk mencalonkan diri sebagai ahli JPP IPG Kampus Tawau untuk sesi 2015/2016.
            
Pihak SPR Kampus Tawau telah mengenalpasti bahawa calon untuk kerusi AMM adalah tidak mencukupi iaitu hanya 15 pencalonan sahaja daripada 20 kerusi yang dipertandingan dalam pertandingan JPP kali ini. Semua ahli SPR terlibat dalam  penamaan calon yang dibuat. Terdapat 4 kerusi yang dibuka untuk penamaan calon yang dibuat.

TARIKH         : 04 FEBRUARI 2015
TEMPAT        : BILIK HEP KAMPUS TAWAU
MASA            : 10.30 AM-11.30 AM (HARI JUMAAT)
AGENDA        : KEMPEN & MANIFESTO
   





SPR Kampus Tawau telah memberi ruang kepada calon-calon AMT untuk menyampaikan manifesto kepada semua pelajar IPG Kampus Tawau, berkaitan dengan perubahan yang dilakukan semasa memegang jawatan JPP kelak. Selama 2 minggu diberikan kepada mereka untuk menyampaikan manifesto kepada pelajar pada setiap pagi semasa perhimpunan. Antara calon yang membuat manifesto ialah saudari Florina Jiun, Nurul Syafiqah binti Yaakob, Alkumal bin Sharif, Muhammad Bukhary bin Satimen, Aiifa Taqinah binti Abu Bakar dan Andi Noraniesa binti Nordin. Sunardi bin Asmad dan Mohd Zuhlizan bin Maidin tidak dapat menyampaikan manifesto kerana mempunyai komitmen lain pada hari tersebut dan tidak berada di IPG. 

TARIKH         : 06 FEBRUARI 2015
TEMPAT        : LOBI BANGUNAN AKADEMIK
MASA            : 9.00- 10.00AM (HARI JUMAAT)
AGENDA        : HARI PENGUNDIAN

PELAJAR SEDANG MEMBUANG UNDI SEMASA HARI MENGUNDI
Membuang undi di tapak perhimpunan










Mengambil undi guru-guru praktikum



            Pada 06 Februari 2015 pihak SPR telah mengadakan hari pengundiaan untuk calon-calon AMT sahaja. Terdapat 8 calon AMT yang telah bertanding pada kali ini, manakala, calon AMM pula mereka tidak perlu bertanding kerana calon AMM tidak mencukupi iaitu hanya 15 orang sahaja sedangkan kuota sebenar adalah sebanyak 20 kerusi. Masa pengundian ini dibuat pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi, semua kelas dipanggil untuk membuang undi.

TARIKH         : 06 FEBRUARI 2015
TEMPAT        : ZA’BA 8
MASA            : 2.00 PAGI
AGENDA        : PENGIRAAN UNDI





Pada jam 2.00 petang pada hari yang sama iaitu pada 6 Februari 2015 semua ahli-ahli SPR IPG Kampus telah membuat pengiraan undi untuk menentukan 7 ahli AMT yang berjaya dalam proses pengundian yang dijalankan. Setelah membuat pengiraan undi selama 1 jam, kami akhirnya telah mendapat keputusan 7 ahli AMT.


AIIFA TAQINAH BINTI ABU BAKAR = 159 Undi
SUNARDI BIN ASMAD = 144 Undi
MUHAMMAD BUKHARY BIN SATIMEN = 132 Undi
ALKUMAL BIN SHARIF = 121 Undi
ANDI NORANIESA BINTI NORDIN = 104 Undi
FLORINA JIUN = 126 Undi
MOHD ZUHLIZAN BIN MAIDIN = 116 Undi
NURUL SYAFIQAH BINTI YAAKOB = 113 Undi

Disediakan oleh,
Ariesbert Jemol
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

2 comments: