Thursday, 12 March 2015


LAPORAN
MESYUARAT AGUNG ALUMNI MASAT 2015

TARIKH:
15 FEBRUARI 2015

TEMPAT:

DEWAN RAFFLESIA, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

1.0  PENGENALAN
             
1.1       Alamat tempat urusan pertubuhan ini ialah Urus Setia Alumni MASAT, D/A Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Beg Berkunci No 27, 91009 Tawau, Sabah atau di tempat lain yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa dengan syarat mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia terlebih dahulu.

1.2 Pertubuhan ini dinamakan Alumni Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah atau nama ringkasnya Alumni MASAT. Selepas ini disebut “Pertubuhan” sahaja.

2.0  OBJEKTIF

Objektif  program yang cuba diketengahkan melalui program ini ialah:
1.    Menyatu dan mengeratkan hubungan serta kerjasama dalam kalangan bekas penuntut
2.    Maktab Sandakan, Maktab Perguruan Tawau dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dalam satu organisasi.
3.    Memberikan kerjasama di mana yang boleh kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bidang profesyen pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
4.    Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahlinya.
5.     Menyertai sebarang kegiatan kebajikan atau pembangunan negara sama ada secara pertubuhan atau bergabung dengan badan-badan pertubuhan lain yang berdaftar.
6.    Untuk memastikan ekonomi pertubuhan ini baik, pertubuhan dibolehkan menceburi dalam bidang perniagaan dengan mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan pertubuhan.
7.    Untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan alumni ini secara jangka panjang dan menyeluruh.

3.0 LAPORAN PROGRAM

            Perjalanan program bermula pada jam 10.30 pagi. Kehadiran bekas penuntut dari Maktab Perguruan Sandakan dan maktab Perguruan Tawau yang datang menghadiri Mesyuarat Agung Alumni MASAT yang bertempat di IPG Kampus Tawau adalah seramai 17 orang peserta.
           
            Program ini dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Encik Mazania bin Kasimin. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan dariapa Pengarah IPG Kampus Tawau, Puan Hajah Masni binti Madat. Wakil untuk bekas guru-guru pelatih juga turut memberikan ucapan ringkas beliau. Setelah selesainya ucapan daripada wakil bekas guru-guru Maktab Perguruan Sandakan, sesi membentang hasil laporan organisasi yang lalu berlangsung.
Seterusnya, mantan yang dipertua  MASAT mengetuai sesi mengundi dan membentuk ahli jawatankuasa bagi sesi 2015-2016.

            Oleh kerana terdapat ramai ahli alumnai yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu,sesi membentuk ahli jawatankuasa yang baru tidak dapat disempurnakan sepenuhnya. Agenda diteruskan lagi dengan perbincangan aktiviti alumnai sepanjang tahun serta laporan kewangan bagi sesi 2015/2016. Sesi cadangan aktiviti dan penambahbaikan persatuan MASAT berlangsung. Para ahli bangun untuk menyuarakan pandangan dan buah fikiran masing-masing.

            Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan ringkas daripada Yang di-Pertua MASAT pada jam 12.30 tengahari. Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.  


4.0  PENUTUP

Melalui mesyuarat agung tahunan alumnai MASAT ini diharapkan dapat Menyatu dan mengeratkan hubungan serta kerjasama dalam kalangan bekas penuntut Maktab Sandakan, Maktab Perguruan Tawau dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawaudalam satu organisasi. Selain itu, semoga alumni Institut Perguruan Kampus Tawau dapat terus memberi sumbangan dan sokongan kepada warga IPG Kampus Tawau.

5.0  LAMPIRAN

Sesi mengambil kehadiran para guru dijalankan.
                              Bacaan doa dipimpin oleh Encik Mazania Bin Kasimin
  Ucapan alu-aluan daripada Pengarah IPG Kampus Tawau, Puan Hajah Masni Binti Madat
Sesi pembentukan ahli jawatankuasa baru sesi 2015/2016 dijalankan.

Disediakan oleh,
Natalie Sakim dan Wan Safwan bin Wan Ibrahim,
Setiausaha AJK MASAT 2015

Rujukan
Diakses pada 13 Mac 2015 dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pertua&d=10

No comments:

Post a Comment