Wednesday 11 March 2015

PERLEMBAGAAN JPP IPGM KPM

PERLEMBAGAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
(IPG KPMM Oktober 2011) 


BAHAGIAN IV 


Fasal 12 

Organisasi JPP

12.1 Organisasi JPP dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang terdiri daripada AMT dan AMM. 

(a) Ahli Majlis Tertinggi: 
i. Yang Dipertua 
ii. Naib Yang Dipertua I 
iii. Naib Yang Dipertua II 
iv. Setiausaha Agung Kehormat 
v. Naib Setiausaha Agung Kehormat 
vi. Bendahari Agung Kehormat 
vii. Naib Bendahari Agung Kehormat 

(b) Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) 

i. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Perhubungan Domestik & Antarabangsa 
ii. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Akademik 
iii. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Kediaman Pelajar 
iv. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial 
v. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin 
vi. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian 
vii. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Penerbitan 
viii. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi 
ix. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita (Helwani) 
x. Pengerusi dan Naib Pengerusi Biro Keusahawanan 

(c) Jawatankuasa Biro Setiap biro terdiri daripada ahli berikut: 

i. Pengerusi (dilantik melalui pilihanraya) 
ii. Naib Pengerusi (dilantik melalui pilihanraya) 
iii. Setiausaha (dipilih oleh Pengerusi Biro) 
iv. Empat orang Ahli Jawatankuasa Biro (dipilih oleh Pengerusi Biro)


Fasal 13 

Perjawatan 

13.1 Ahli Majlis Tertinggi 

(a) Pemilihan AMT dan AMM dilakukan melalui pilihanraya yang dilakukan setiap satu 
( 1 ) tahun dalam tempoh 30 hari selepas pembubaran JPP. 

Fasal 14 

Perletakan dan Perlucutan Jawatan 

14.1 Perletakan Jawatan 

(a) Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengerusi Majlis Penasihat JPP berserta dengan alasan munasabah. 
(b) Pengesahan perletakan jawatan hanya akan berlaku setelah diputuskan oleh Majlis Penasihat JPP. 

14.2 Perlucutan Jawatan 

(a) Dibuang dari mengikuti pengajian di IPG. 
(b) Menarik diri dari mengikuti pengajian di IPG. 
(c) Berpindah pusat pengajian. 
(d) Tidak berada di IPG selama 6 bulan berturut-turut sama ada melanjutkan pelajaran ke luar negara atau sakit yang berpanjangan atau menangguhkan pengajian.
(e) Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib (termasuk yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib) oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, akan hilang kelayakan daripada bertanding dan menjadi Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. 
(f) Tidak dapat memberi komitmen kepada organisasi JPP.


Fasal 15 

Kekosongan Jawatan 

15.1 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam AMT JPP atau MT JPP dalam jangkamasa enam bulan selepas pemilihan maka pemilihan baharu boleh dilaksanakan. 

15.2 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam AMT JPP, pemilihan baharu akan diputuskan melalui mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya JPP dan tempoh perjawatannya adalah sehingga tamat sesi pentadbiran tersebut.
15.3 Jika kekosongan jawatan berlaku dalam MT JPP, pemilihan baharu akan dibuat berdasarkan budi bicara Ketua Eksekutif atau wakilnya. 

No comments:

Post a Comment