Wednesday, 11 March 2015

PERLEMBAGAAN JPP IPGM KPM

                                             
          PERLEMBAGAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN                 PELAJAR (JPP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  
(IPG KPMM Oktober 2011)

BAHAGIAN VI 

Fasal 18 

Majlis Penasihat 
18.1 Penaung Ketua Eksekutif 
18.2 Pengerusi Majlis Penasihat JPP Timbalan Pengarah IPG 
18.3 Ketua Pensyarah Penasihat JPP Ketua Jabatan JHEP 
18.4 Pensyarah Penasihat JPP Dilantik oleh Ketua Eksekutif BAHAGIAN VII Fasal 19 Kewangan 19.1 JPP tidak dibenarkan menubuhkan tabung kewangan dengan menerima atau mengutip atau mengambil sebarang jenis sumbangan atau dana dalam bentuk wang atau harta dari mana-mana sumber kecuali dengan membuat permohonan bertulis serta kelulusan daripada Ketua Eksekutif. Segala tuntutan bayaran hendaklah disertakan resit atau baucer pembelian kepada Ketua Eksekutif. 

Fasal 20 

Tahun Kewangan
20.1 Tahun kewangan dikira selepas perlantikan AMT JPP yang baru dan berakhir selewat-lewatnya 3 hari sebelum pembubaran. 

Fasal 21 
Juru Audit 

21.1 Dua orang daripada pelajar institut boleh dilantik sebagai Juru Audit oleh oleh AMT. Para Juruaudit akan memegang jawatan tersebut selama setahun dan boleh dilantik semula. 
21.2 Juru Audit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira JPP bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan kepada Ketua Eksekutif atau wakilnya. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua JPP mengaudit kira-kira JPP bagi mana-mana masa dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada AMT. 

BAHAGIAN VIII 

Fasal 22 
Pilihanraya 

22.1 Pilihanraya JPP hendaklah diadakan dalam tempoh 30 hari selepas pembubaran dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Eksekutif. 

Fasal 23 
Bentuk Pilihanraya 

23.1 Pilihanraya adalah berbentuk undi sulit dan terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa IPG. 

Fasal 24 
Suruhanjaya Pilihanraya 

24.1 Suruhanjaya Pilihanraya JPP adalah sebuah badan bebas dan berkecuali yang dilantik oleh Ketua Eksekutif. 
24.2 Semua pensyarah dan pegawai pengurusan boleh dilantik menganggotai suruhanjaya. Pelajar boleh dilantik oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pilihanraya kecuali calon yang bertanding untuk merebut jawatan MT JPP.
24.3 Ahli Suruhanjaya Pilihanraya tersebut adalah terdiri daripada : 
(a) Pengerusi Suruhanjaya 
(b) Naib Pengerusi Suruhanjaya 
(c) Setiausaha Suruhanjaya 
(d) Ahli Jawatankuasa 
24.4 Tempoh AJK Jawatankuasa Pilihanraya berakhir dengan terbentuknya AMT JPP yang baru. 24.5 Pelajar yang menganggotai Jawatankuasa Kerja Pilihanraya berhak mengundi tetapi tidak boleh diundi. 
24.6 Ahli Suruhanjaya Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen bagi mana-mana calon yang bertanding dalam pilihanraya. 
24.7 Sebarang keputusan berkaitan dengan pilihanraya JPP yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya adalah muktamad dan sebarang campur tangan daripada sebarang pihak adalah tidak dilayan dan berhak ditolak. 

Fasal 25 
Tugas Am Suruhanjaya Pilihanraya 

25.1 Menyediakan peraturan pilihanraya JPP. 
25.2 Membuat pengisytiharan pilihanraya JPP. 
25.3 Menyedia dan menyemak senarai daftar pemilih untuk pilihanraya. 
25.4 Menyelenggarakan urusan pencalonan seperti penyediaan borang pencalonan dan memastikan prosedur pencalonan berjalan dengan betul. 
25.5 Menyediakan peralatan dan pusat membuang undi. 
25.6 Memantau proses penamaan calon, kempen, pengundian dan pengiraan undi. 
25.7 Menjaga segala amanah yang diserahkan berhubung dengan pilihanraya. 

BAHAGIAN IX 

Fasal 26 

Pembubaran 
26.1 Ketua Eksekutif mempunyai kuasa mutlak untuk membubarkan JPP. 
26.2 JPP akan dibubarkan sekiranya berlaku salah satu daripada situasi berikut: 
(a) Telah cukup tempoh satu (1) tahun pentadbiran JPP. 
(b) Tidak cukup korum untuk membentuk AMT JPP.
(c) Sebab-sebab lain yang difikirkan munasabah oleh Ketua Eksekutif. 
26.3 JPP boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada jumlah MT dengan kelulusan Ketua Eksekutif. 
26.4 Sekiranya JPP hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan JPP yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui oleh Ketua Eksekutif. 
26.5 JPP dengan rasminya dibubarkan setelah notis pembubaran dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif. 

BAHAGIAN X 

Fasal 27 
Pindaan Perlembagaan 

27.1 Sebarang pindaan boleh dilakukan dengan mengemukakan usul dan cadangan (berpandukan Akta 174) secara bertulis kepada Rektor melalui Ketua Eksekutif. 
27.2 Keputusan Rektor adalah muktamad. 

BAHAGIAN XI 

Fasal 28 
Pertikaian Dan Kekeliruan Jika timbul sesuatu pertikaian atau kekeliruan tentang mana-mana Bahagian dan Fasal atau sama ada seseorang ahli atau pemegang-pemegang bagi JPP atau bagi sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP telah dipilih atau dilantik dengan sewajarnya, mengikut mana yang berkenaan, atau adalah berhak menjadi atau masih menjadi ahli atau pemegang jawatannya, maka pertikaian itu hendaklah diputuskan oleh Ketua Eksekutif mengenainya adalah muktamad.


Diakses pada 12 Mac 2015

dari http://www.i4p.edu.my/main/JPP/Perlembagaan_JPP-QH_NOV_2013.pdf

No comments:

Post a Comment